Want your
own Fotopage?




































 
Alexs's FotoPage

By: Alexs Azlan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Jun-2008 20:05 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Ayah




Askum semua,
Apakhabar? Hari nie saja nak buat entry khas untuk Hari Bapa (17hb Jun 2008). Selamat Hari bapa kepada semua exp untuk pengunjung-pengunjung dan member-member kat my fotopages nie. Tak kiralah samada you all di panggil Bapa keh, Ayah keh, Abah keh, Rommo keh, Baba keh dan entah apa lagi pangilan khas untuk seorang bapa. Yang penting pengorbanan kalian sebagai bapa tak akan dilupakan. bak kata orang Kasih ibu membawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang hayat. Semoga kalian bertambah teguh dan dimurahkan rezeki.

Terasa juga sedihnya bila sambut hari bapa nie. Kalau hari ibu hari tu boleh lah bawa ibu jalan-jalan. Tapi sempena hari bapa nie hanya sekadar Surah Yassin dan Al Fatihah untuk Arwah Ayah yang telah lama pergi. Semoga roh ayah yang dikasihi ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan dikasihi Nya.

Kepada teman-teman diluar sana, kalau anda masih mempunyai ayah atau bapa, ambil lah kesempatan ini untuk meluahkan rasa kasih kepada mereka selagi hayat mereka masih bersama-sama kita. Bila dah tiada, mungkin hanya kenangan yang mengusik minda kita kerana peluang kita hanya lah sekali saja. Kepada teman-teman yang senasib dengan ku, sedekahkanlah Al Fatihah atau doakanlah semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi Nya. Amin.


Untuk teman-teman semua, terimalah entry ku kali ini sebagai renungan bersama. Maaf kalau karya ini tidaklah secantik seperti yang kalian boleh hasilkan, mungkin masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dalam hal edit-mengedit nie. Apapun terimalah seadanya sebagai renungan semata yah...

Oh..yah, untuk makluman gambar-gambar kat bawah nie bukanlah gambar Arwah Ayah saya, gambar ni ambik time Pesta Kaamatan baru-baru nie. Terima kasih untuk pakcik-pakcik ni yang sporting time kena ambik gambar.


...............................................Nie adalah lirik dari lagu Ebit G.Ade


.......................................Nie adalah lirik dari lagu Sudirman Hj.Arshad


Yang kat bawa nie, kebetulan terjumpa kat Youtube, lagu mengenai ayah. Lagunya taklah sebaik mana, tapi kreativiti adik ni yang cuba menghasilkan lagu mengenai seorang ayah amatlah kita hargai dan kita tabik. So... tahniah untuk adik nie dan untuk teman-teman semua, dengarkan lah lagu kat bawa nie....


You tube kat atas ni dari Adik Andhyta




Yang kat bawah nie dari Intan, yang ditujukan khas buat bapa atau ayah kat fotopages. Thanks Intan



First : Enjoy dengan lagu baru aku "Kaamatan" : Ada komen tak????


Lex, terharu aku ...terindu aku pd abah aku..
eh...ROMMO tu panggilan untuk abah dari negeri mana lex ?
aku pernah dgr: abah,ayah,dadah,walid,daddy...jerk
Sat 14-Jun-2008 00:12
Posted by:salleharon  - [Link]
salam bro alex..slmat hari bapa yek..bro alex dah jadik bapak kn?hehehe.. dan smoga roh2 mereka yg telah kembali d cucuri rahmat..aminn Sat 14-Jun-2008 04:22
Posted by:nur syakirah  - [Link]
Slamat hari bapa to youuuu! semoge bahgier dgn family yer
Jom tgk gambar spupu kiter tunang yer
Sat 14-Jun-2008 05:26
Posted by:liz elizastias@yahoo.com  - [Link]
Assalamualaikum bro,,,,,
Selamat Hari Bapak,,,,,,,
Al Fatihah kepada bapa-bapa yang menunggu kita di sana...........
Amin.
Sat 14-Jun-2008 06:01
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
hi... u tulis akum kat komen i tu... u org islam ke? maaf ye kalau bertanya. ... apa khabar? trimas sudi singgah dan bagi komen kat page saya.. selamat hari bapa utk saudara.. semoga bahagia bersama isteri dan anak tersayang...
saya tak boleh dgr lagu ayah dan ibu tu, sure meleleh air mata dibuatnya.. ehhee..
Sat 14-Jun-2008 09:01
Posted by:big mamma bukhari aka ati itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
Bro..selamat hari bapa gak kat bro....

~kami member intel kulim terasa cam nak pi ler kat KOta Kinabalu pd bulan 11 nanti ader apa pesta2 tak time tu???dan nak bro bagitau apa tempat menarik kat KK tu??
Dan hotel murah2 kat sana??sbb nak dok sana 3hari 2mlm...hrp bro dpt tolong sbb kami mg tak pernah pi sana...sebelom nie zai dah tanya bro kat entry yg lepas2 tp tak der respon pun dr bro..tak sudi tolong kami ka??
Sat 14-Jun-2008 09:06
Posted by:Zai KuLiM  - [Link]
: : salam bro....slmt hr bapa jugak kat bro...smoga tnggungjawb kita sbagai bapa sentiasa digalas dgn baik..penuh rasa kasih utk anak2... Sat 14-Jun-2008 16:34
Posted by:lei  - [Link]
salam...saya juga telah kehilangan seorang ayah tercinta....beberapa bulan yang lalu...sebagai seorang anak yang soleh kehidupan kita perlu diteruskan...berbuat baik ...senantiasa mendoakan kesejahteraan dan kemuliaan tempat kembalinya (arwah)..semoga rohnya dicucuri rahmat....jangan abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak....jadikan masa yang lalu sebagai pedoman akan datang....InsyaAllah setiap perkara kebaikan yang kita lakukan untuk beliau (arwah) ...tuhan akan membalasnya dengan kebaikkan juga kelak....SELAMAT HARI BAPA.....untuk kamu sekeluarga... Sat 14-Jun-2008 17:02
Posted by:hairulabubakar  - [Link]
Looking for handbags collection??Please feel free to visit my online store there has many handbag (LV,Gucci,Chanel,Coach & Burberry) in Grade AAA++ quality. Sat 14-Jun-2008 17:48
Posted by:Laurabagcollection
Selamat hari bapa utk ko juga.. aku belum jadi bapa.. kawin pun tak lg.. tapi semoga aku bakal jadi bapa yg baik.. hehe.. Sat 14-Jun-2008 18:05
Posted by:zul admin@curseshadow.com  - [Link]

Semuga bapa2 senyum selalu. Senyum sokmo
Sun 15-Jun-2008 00:10
Posted by:Pemancing ikan  - [Link]
Wah ini betul2 pic saorang bapa yg sedang merenung jauh merenung Alexs.....

Re:Trima kasih atas ucapan mu Hari Bapak Kumis ni.....Singapore memang nak jadi 2nd Last Begas,nanti last last bagus tak aper Wak yg mendapat keuntungan dari bertambahnya penumpang Teksi Wak Kumis.

Re lagi:Alexs letih yg giler tak per lah asalkan kamu jgn naik giler ok......
Sun 15-Jun-2008 02:31
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Happy Father's Day to you....... Sun 15-Jun-2008 02:56
Posted by:baayah  - [Link]
tima kasih.....semoga menjadi bapa yang hebat dan luar biasa... Sun 15-Jun-2008 05:13
Posted by:ijulabi  - [Link]
tanpa kedua ibubapa, siapalah kita di dunia ini. special entry utk hari bapa, baguslah sekurang-kurangnya dlm kesibukan dgn kerja, kita ada masa utk mengingati jasa dan pengorbanan mereka.
re: saya guna kamera olympus E500 hampir 2 1/2 tahun dah. utk gmbr bunga lalang dan teratai saya guna len 40-150mm yg boleh diketegorikan sbgai telephoto len, nak beli yg f2.8 belum mampu. kaedah terbaik utk counter masalah aperture f4.5 ialah shoot waktu cuaca cerah. fast len i.e f2.8 ke bawah mmg menarik kerana DOF yg mantap, tapi harga pun mantap juga.. . tapi kadang2 tak perlu juga menggunakan aperture yg ekstrem i.e f2.8. penggunaan f4.5-5.6 lebih sesuai jika kita nak dptkan depth of field@DOF yg lebih luas. sbgai contoh, jika ada lebah pd sekuntum bunga, dgn f2.8 hanya lebah tersebut sharp, penggunaan aperture yg lebih kecil f4.5-5.6 membolehkan lebah dan bunga sharp sekaligus memberi view yg lebih menarik terutama jika bunga tersebut cantik, bersih dan nampak segar.
slmt hari bapa
greenfore.fotopages.com
Sun 15-Jun-2008 06:38
Posted by:back to nature photog greenfore@yahoo.com  - [Link]
selamat hari ayah
tq visit my fp.
1st photo to just tambah vig. and sharp kan foto tu je.
2nd & 3rd - convert to b&w but for 3rd tu, add glow kat muka...

http://alfianhashim.fotopages.com
Sun 15-Jun-2008 06:52
Posted by:unnamed
Selamat Hari Bapa juga. Salam buat bapa kita dan bapa orang lain gak. Sun 15-Jun-2008 06:59
Posted by:Red  - [Link]
Selamat hari bapa...... semoga menjadi bapa yang baik dan dapat memenuhi impian anak-anak. Sun 15-Jun-2008 12:11
Posted by:yatie  - [Link]
selamat hari bapa....thanks sebab visit FP kino...been busy lately...asyik ulang alik pagi petang ke pulau gaya...ada update skit gambo....tapi kualiti out la... Sun 15-Jun-2008 12:17
Posted by:kinokuniya  - [Link]
>> happy fathers' day to all fathers... Sun 15-Jun-2008 17:18
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
nak wish jugak selamat hari bapa pada u.. & utk semua ayah di mana saja ... rasa terharu & sayu jek bila baca u punya titip utk ayah.. tetiba je teringat ayah kat kg.. mmg besar pengorbanan dia pd anak2 bila dh ada keluarga sendiri baru tau kenapa dia terlalu tegas ngan anak2 u buat sendiri ye kata2 tu.. suka la Mon 16-Jun-2008 01:20
Posted by:Lia ~ibu mimie  - [Link]
happy fathers' day untuk alexs azlan Mon 16-Jun-2008 01:32
Posted by:mie  - [Link]
huhu, tersentuh hati bila baca apa saudara Alexs Azlan tulis... Good, keep it up. Mon 16-Jun-2008 01:47
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
sedih bila baca entry kali ni
selamat hari bapa utk semua ayah di seluruh dunia
semoga dapat menjadi ayah yg terbaik utk anak² anda
Mon 16-Jun-2008 03:19
Posted by:zira  - [Link]
selamat hari bapa Mon 16-Jun-2008 05:11
Posted by:zahira  - [Link]
salam saudara.... mcm mana dgn sambutan hari bapa semalam? tentu meriah bila disambut bersama anak & isterikan? trimas bagi ucapan belated besday 4 my lil sis tu.. sambut father's day dengan my father kat kampung... menangis dia semalam semasa anak2 memberikan ucapan samada di telefon atau yg berada di depan matanya... sedih betul.. sebab dia jarang menangis.. terusik jugak hati kecilku semalam... Mon 16-Jun-2008 06:23
Posted by:big mamma bukhari aka ati itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
Salam Alex. Alhamdulillah sihat. Terima kasih sudi paste ole2 tu
Moga menjadi ayah yg terbaik
Alfatihah utk arwah ayah Alex, jgn sedey ye Allah lebih menyayanginya.
Good entry, sayu tengok muka pakcik2 tu
Mon 16-Jun-2008 07:24
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
wahai bapa2 sekalian!!!
HAPPY FATHER'S DAY!!!!!!
Mon 16-Jun-2008 10:17
Posted by:shima  - [Link]
stylo! Mon 16-Jun-2008 14:32
Posted by:syuk  - [Link]
al-fatihah.
entry yg lengkap, x tau lak ebit g.ade de lagu pasal ayah, lagu2 dia mmg best, lagu tuk slide show tu pun best

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
interested in victoria secret's stuff? do visit us at http://misssmells.fotopages.com/
thx, hv a nice day
Mon 16-Jun-2008 23:37
Posted by:mr.smells  - [Link]
Yeah Bro! Selamat hari ayah untuk kita, ayah-ayah yang hensem lagi macho !!!!!!!!! .............. Tue 17-Jun-2008 00:04
Posted by:baning  - [Link]
hai mu..... pencinta kucing...how r u.....
i'm back...lama gak tak sentuh fp...bercuti lah katakan...
wah...banyak entry yg interesting...
good writeup and beautiful pics....
keep up the good work bro.....

...just updated...be free to drop by....
Tue 17-Jun-2008 01:33
Posted by:zaiton zaiton_yatim@yahoo.com  - [Link]
Salam Alex!!.. Selamat Hari Bapa utk awak.
Gambar mmg class.. suka tgk pic menuai tu.. I rasa banyak tempat yg menarik utk di kunjungi.

>> Psst, kami ke KK 27 june ni. Mmg tak pernah sampai ke sana seumur hidup. Recomend skit, mana tempat yg menarik utk di kunjungi?? Apa makanan tempatan di sana yg harus saya & family try? kalau nak cari cendermata, nak gi mana? Tq bro!!
Tue 17-Jun-2008 06:50
Posted by:gee.harun  - [Link]
FP BARU UPDATE....

RE:SELAMAT HARI BAPA BRO...

PIC SUNSET TU WIFE BRO YG SHOOT WAKTU BRO DRIVE BALIK tELUK bAHANG KG BRO...
Tue 17-Jun-2008 07:32
Posted by:TAUFIDRIS  - [Link]
slamat hari bapa...
Al fatihah tuk arwah bapa Alex
Tue 17-Jun-2008 09:06
Posted by:wilda  - [Link]
hi bro...slemat ari bapa yer....sory la bz xdan nk melawat sahabat handai.... Tue 17-Jun-2008 11:09
Posted by:unnamed
aku suka betulla color hasil dari kamera ko ni. color gambar2 kat bawah tu, naik! Wed 18-Jun-2008 06:09
Posted by:ichirou  - [Link]
selamat hari bapa kepada semua bapa bapa termasuk la saya sendiri Wed 18-Jun-2008 08:26
Posted by:ayahpipo rizal@bernas.com.my  - [Link]
Selamat Hari Bapa...buat semua yg bergelar bapa!!!! Wed 18-Jun-2008 13:11
Posted by:~Ima~  - [Link]
selamat hari bapa kpd semua yg bergelar bapa kat malaysia. anda seorang bapa..utk anda sekali le Wed 18-Jun-2008 16:18
Posted by:cak  - [Link]
selamat hari bapa kpd semua yg bergelar bapa kat malaysia. anda seorang bapa..utk anda sekali le Wed 18-Jun-2008 16:21
Posted by:cak  - [Link]
Alex... thanx for the entry... really nice n cool...off coz its so touchy too. Not many ppl remembered father's day compared to mother's day. so congratulation 2 u Alex. n "Happy Father's Day" 2 u Alex... Wed 18-Jun-2008 23:49
Posted by:riesyam riesyam@gmail.com  - [Link]
hey i think i saw your photo dlm magazine ape yeah..lupe plak..dcm kah? betoi ka? Thu 19-Jun-2008 00:18
Posted by:maya amir  - [Link]
Akex ,Wak nak ajak main bola atas air... Thu 19-Jun-2008 01:04
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Abah KakRinn dah lama tiada... Doa sahaja dapat dipanjatkan agar rohnya sentiasa dalam ketenangan di sisiNya.
Salam Lewat Hari Bapa buat semua bapa-bapa......
Thu 19-Jun-2008 13:26
Posted by:RinnChan  - [Link]
slamat hari bapa bro alex.. hehe..

p/s : ada gmbr gangstarz lg bro.. tp xde la cantek sgt
Fri 20-Jun-2008 03:25
Posted by:ermalina  - [Link]
tanpa ayah siapalah kita.....

Entryku kali ini

Berair mato termakan lado
Nak carik air terminum cuko
Lotih kepalo somput di dado
Cari an ubek penawar duko
Fri 20-Jun-2008 03:46
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
pic yang cantik...klasik.... Fri 20-Jun-2008 06:30
Posted by:jamal_KL jack_photographer@yahoo.com  - [Link]
kepada yg masih ada ayah, klu berjauhan dr kg halaman.. selalu2lah jenguk atau telefon...
kepada yg dah tiada ayah, ada waktu, ziarahlah pusaranya.. atau sedekahkan Al-Fatihah
p/s : Azlan, ada gmbr masuk CLICKS! diorang komen ya?
Fri 20-Jun-2008 09:04
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
Happy Father's Day to all Dads Sun 22-Jun-2008 16:26
Posted by:~F&Z~  - [Link]
moga dirahmatiNya Mon 30-Jun-2008 17:23
Posted by:zilzal  - [Link]
Jom tengok kucing galak Sun 20-Jul-2008 22:18
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
ni apahal plk lama tak update nih. biasa laju je.... Fri 22-Aug-2008 18:05
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.