Want your
own Fotopage?




































 
Alexs's FotoPage

By: Alexs Azlan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Jun-2008 15:38 Email | Share | Bookmark
Salam Dari Sabah

.............

Assalamualaikum w.t.w dan salam sejahtera,
Apakhabar member-member photopages semua, maaflah yah... Dah lama juga tak update my fotopages nie, bukan saja bersawang, dah penuh semak samun pun hehe... Bukan tak nak update, tapi alasan yang biasa kalian dengarlah kan... "Busy". Yalah nak jawab apalagi... memang hakikatnya kesibukan dengan kerja tu yang buat kita tak dapat nak bersama member-member semua kat fotopages nie. Lagi pun aku baru balik dari kursus seminggu, bukannya jauh pun kat Kota Kinabalu saja, tapi kursus dari pagi sampai malam, tu yang tak sempat2 nak update. Ok lah, kali nie aku update khas untuk member-member semua.

Sempena Pesta Manuai atau Tadau Kaamatan bagi bahasa Sabah pada 30hb dan 31hb Mei yang lepas, sempatlah juga ambik gambar walaupun tak banyak, tapi adalah sebagai tetapan member-member yang tak sempat bersama masa tu. So layan my first entry mengenai Pesta Manuai nie... insyallah nanti akan dicuba untuk upload yang lain pulak ok.... So kali nie nak cerita sikit berkenaan dengan Pesta Manuai ni atau Tadau Kaamatan ni.(Layan....)


TADAU Kaamatan adalah perayaan yang cukup sinonim dengan masyarakat Sabah dan diwarisi sejak sekian lama oleh kaum Kadazandusun.

la kini telah diterima sebagai salah satu perayaan utama negara sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

Meskipun pada asalnya ia merupakan warisan kebudayaan masyarakat Kadazandusun dan Murut yang merupakan majoriti penduduk Sabah, namun kini ia disambut oleh semua kaum lain di negeri ini sebagai salah satu simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Tadau Kaamatan yang bermaksud Pesta Menuai merupakan perayaan kesyukuran dan penghormatan semangat padi yang dipanggil 'Bambarayon' atau 'Bambaazon'. la diwarisi sejak turun-temurun oleh nenek moyang mereka yang merupakan golongan petani.

Perayaan ini amat bermakna kerana ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kepercayaan dan adat tradisi. Suku kaum Kadazandusun mempercayai padi mempunyai semangat yang harus dihormati. la adalah lambang pengorbanan seorang wanita demi menyelamatkan masyarakat ramai.

Daripada mitos yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi, mereka percaya dunia ini adalah ciptaan Tuhan yang mereka panggil Kinorohingan. Kinorohingan dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan tunggal jelita bemama Huminodun.

Suatu ketika dahulu suku kaum Kadazandusun mengalami bencana kemarau menyebabkan wujud masalah kebuluran. Kinorohingan yang berasa kasihan terhadap kesengsaraan dan penderitaan mereka telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya telah disemadikan di bumi.

Daripada tubuh Huminodun ini bumi menjadi subur dan telah tumbuh padi serta tumbuh-tumbuhan lain membolehkan suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan baru iaitu beras.

Sebagai tanda kesyukuran dan membalas pengorbanan Suminundu, suku kaum Kadazandusun telah membuat sumpah setia kepada Kinorohingan yang mereka akan sentiasa mengenang Suminundu.

la dilakukan dengan cara mengadakan upacara penghormatan Semangat Padi dan upacara-upacara lain yang mempunyai kaitan dengannya.

Rentetan itu, bermula 1 Mei setiap tahun, sambutan Tadau Kaamatan akan disambut dengan penuh meriah oleh masyarakat Sabah. la kemudian diistiharkan sebagai salah satu daripada perayaan nasional pada tahun 2001.

Di Sabah, perayaan ini akan disambut besar-besaran di setiap daerah. Majlis pelancaran akan diadakan secara bergilir di setiap daerah di Sabah.

Bagi pengunjung dari luar yang ingin mengenali masyarakat, kebudayaan, kesenian atau apa sahaja yang berkaitan dengan penduduk terdiri daripada kira-kira 40 etnik di Sabah, Tadau Kaamatan adalah perayaan paling tepat untuk disaksikan.













hurrayyyyy akhirnya kawan aku nama alex nie telah "hidup" kembali dengan entries yang begitu boombastic ...hambik kauuuuu...

lex, kadazan tu ader macam macam ker ? selain kadazan dusun, kadazan aper lagi ader?
kau kursus gi mana lex?
pergi kursus tak bawak "senjata menembak" ker???
Sat 7-Jun-2008 17:57
Posted by:salleharon  - [Link]
Menarik sungguh kaum Kadazan Dusun ni....Kaya dgn istiadat tersendiri,Wak kagum dgn kejelitaan kaum Wanita mereka yg muda2 tuu,
Bukan apa Wak hanya menghargai keindahan Mahluk ciptaan Tuhan yg maha esa..
Kalau dapat satu best juga he he he......
Sat 7-Jun-2008 19:16
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Tak tunjuk gambar menuai pun Sat 7-Jun-2008 19:39
Posted by:pemancingikan  - [Link]
Mualaikum salam Alex pun belum tidur macam pemancing ikan juga ...

Dia agak nya tengah goring ikan Koi....
Sat 7-Jun-2008 19:42
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Awas Wak ni merbahaya. kalau ikan koi dah besar malam2 bawa masuk dalam rumah Sat 7-Jun-2008 20:03
Posted by:pemancingikan  - [Link]
Re:salah satu sampah adalah Boot Phua Chu Kang yg popular in Singapore ,JB some say Batam...
Re:Semua ikan kita boleh makan selagi di namakan ikan,Ikan buntal tu pun kesukaan orang2 jepun.....ney...
Sat 7-Jun-2008 20:05
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Ok Wak nak bobok lah.... Sat 7-Jun-2008 20:11
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Wsalam.. wah2, alangkah best nya kalau aku pun ada kat sana.
Boleh tgok Pesta Kaamatan.
Alex, kamu suku kaum apa?

Sat 7-Jun-2008 21:10
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
comel lote gadis Sabah ni kan Sat 7-Jun-2008 23:53
Posted by:Niza et Sofia a Londres  - [Link]
entry kali ni betul betul mengingatkan aku kenangan di sabah bah...sumandaknya!!
Sun 8-Jun-2008 00:07
Posted by:kyrol a.k.a kielliena  - [Link]
re: Askum kyrol,
Mana muka pengantinnya???? Apapun memang menarik pics nie.
p/s: Kalau nak shots pemandangan kat kk, jom lah datang sini...

dah update muka pengantin yg bro nak tgk tu...visit www.papstudio.com ada lagi byk pic....see ya
Sun 8-Jun-2008 00:15
Posted by:kyrol a.k.a kielliena  - [Link]
Welcome to fotopages

Untuk Khidmat Perancang Perkahwinan, Andaman, Pelamin, Sewaan Kostum, etc, layari http://archa-wed.cjb.net atau hubungi - Papa Li 012-335 5881 atau Adeq 012-299 1770.

Kami berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan khidmat wedding planner (Malay, Chinese, Indian, etc), pelamin perkahwinan, andaman pengantin, Hiasan Dewan, Fotografi, Kursus Tatarias & Grooming.



- Rakan Strategik Bersama -

SiKecik Photography Service
Photographer for - Engagement - Wedding - Events - etc -
http://sikecik.fotopages.com
Sun 8-Jun-2008 00:28
Posted by:Archa Wedding Planner  - [Link]
wah lan.. lawa2 la gadis sabah.. kirim salahm yer.. hehe.. nice shot la lan.. mmg teringin nak shoot gambar kat sabah ngan sarawak.. adus.. sgt menarik la scene di sana. Sun 8-Jun-2008 03:36
Posted by:zul admin@curseshadow.com  - [Link]
mana gambo unduk ngadau?kalo ada lagi best..... Sun 8-Jun-2008 05:40
Posted by:kinokuniya  - [Link]
Alex, anda telah di'tag'. sila ke page sy sekejap utk maklumat lanjut. TQ. Sun 8-Jun-2008 08:29
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
wah cantiknya gadis gadis nie manis manis belaka Sun 8-Jun-2008 08:49
Posted by:azura asri  - [Link]
sangat menarik foto2 yang terpapar di fotopages ini... kepada sesiapa yg memerlukan internetsecurity boleh surf ke website ini.. di khususkan kepada mereka yg memerlukan bantuan untuk keselamatan komputer anda. Sun 8-Jun-2008 10:07
Posted by:Mr Kassim Tahir mrkassim@gmail.com  - [Link]
Banyak pesta di Sabah ni ye.... meriah dan penuh warna-warni.
Gambar yang menarik, dah boleh jadi poskad ni...

** terima kasih menghargai gambar2 yang saya ambil. Masih banyak yang perlu saya pelajari**
Sun 8-Jun-2008 10:23
Posted by:yatie  - [Link]
indahnyerrr ciptaan Tuhan...sedap mata memandang....cantik2 belaka lebih 'manisss' drp donut choc sayerrrr Sun 8-Jun-2008 10:44
Posted by:shima  - [Link]
huhu, manis-manis gadis sabah, asal tak letak jejaka-jejaka sabah skali ? Sun 8-Jun-2008 10:57
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
waalaikumsalam alex, bila masuk fp alex nie rasa macam tak nak keluar aje sebab meriah
betul, gambar pun cantik dan menarik...banyak informasi yg boleh dapat dikongsi bersama.
Pesta manuai orang sabah nampak meriah yea...suka nur tengok budaya mereka ini.Orang
sarawak memang cantik2 kan alex?...dulu nur pun ada kawan sepejabat berasal dari sarawak
orang nya memang cantik dan mempunyai kulit yg halus mulus sekali...kalau nur lelaki dah
memang nur tackle dia tapi perempuan kan...nak buat macam mana
Sun 8-Jun-2008 12:05
Posted by:Nur  - [Link]
..salam.. sebenarnya PC still down, so susah sikit nak wat kje2 gambar nie..
oho.. menarik sangat paparan bro. kali ini... aksi bersahaja dan spontan di ungkap
kan juga dengan isi cerita yang lengkap berkisar wajah2 dan adat2 mereka2 di dalam
gambar... nice shot and susunan editing bro...
Sun 8-Jun-2008 12:14
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
salam.. tumpang tanya. anda tau tak apa yg ada di tawau? sy akn ke tawau tuk fren's wedding. dah alang2 kt sana nk jugak la meninjau2 tpt2 yg boleh dilawati. kalo tau kabar2kn, taktau pn takpe Sun 8-Jun-2008 13:10
Posted by:rai  - [Link]
bertuah dpt kesana ... tgk sendiri tradisi dier org

fp updated - bosan
Sun 8-Jun-2008 14:20
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
everytime tgk fp bro mmg buat saya teruja... makin teruja utk ke sabah...cuma masih belum berkesempatan lg. bila la agaknya akan tiba masanya ek? tahniah buat bro utk entry² menarik ini. keep it up bro. Mon 9-Jun-2008 00:48
Posted by:riesyam riesyam@gmail.com  - [Link]
azlan
aper yg menarik disabah nanti untuk bulan oktober..
insyaallah akan ke sana pada bulan tersebut..
Mon 9-Jun-2008 02:07
Posted by:peyong  - [Link]
cantik baju etnik ranau tu... Mon 9-Jun-2008 02:29
Posted by:Lee Lin  - [Link]
>> memori kaamatan...
>> pernah juga tengok pesta kaamatan ni dulu dulu...
>> zaman zaman dulu la...
Mon 9-Jun-2008 03:21
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
waahh..unik-nya pesta ni..colourful..
manis2 awek2 Sabah-an bah..
suara pn sedap2..hehe..
Mon 9-Jun-2008 05:07
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Oooo! ..... bagitu rupanya asal usul Tadau Kaamatan ni. Kalau tak buka FP kau ni tak tahu la aku.
Tapi yang pasti ....... pestanya meriah. Keep it up bro Lan,....... tak dapat pergi, tengok gambor pun jadi.
Re: ada darah Cino rupanya kau. Meh datang sini, tiket Air Asia murah je ........ tak pun naik China Eastern. Aku tunggu kau kat airport..............
Mon 9-Jun-2008 05:13
Posted by:baning  - [Link]
Pergghh! Gambar2 dan info yg cukup menarik dan hebat serta penuh warna warni.
Gambar yg berposing tu sengaja minta mereka buat begitu ke?
Mon 9-Jun-2008 05:19
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
re: untuk mengambil gambar menggunakan studio lighting perlu tahu setting2 tertentu pada kamera dan lighting itu sendiri supaya mendapat hasil yg bagus Mon 9-Jun-2008 05:23
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Salam Alex, alhamdulillah sihat, harap Alex pun sihat sentiasa No prob, kita bz gak esok ada BOD & AGM.
Wah bestla sejarah ttg Tadau Kaamatan tu, lam buku sejarah dulu tak de
Pix pun superb...cantik sokmo. ada 40 etnik, Alex ni dari etnik mana lak
Mon 9-Jun-2008 06:41
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
cantek gamba....camni rupenye bile ade musim menuai ye Mon 9-Jun-2008 09:36
Posted by:Wilda  - [Link]
alexs..
pesta menuai cukup tradisi
bile tengok pesta nie.. teringat pula kampung kamalan.. ada pesta tumbuk beras..
memang menarik
sambi ada joget lambak
anyway..
teruskan usaha untuk bercerita tentang tradisi kita
siapalah yang akan mempertahankan adat kita kalau bukan kita..
Mon 9-Jun-2008 14:12
Posted by:Syamputra Wedding Photographer syamputra@yahoo.com  - [Link]
bro Azlan... tenkiulah sbb kongsi info tentang majlis2 kaum etnik diSabah. Sungguh informatif dgn foto yg cantik Mon 9-Jun-2008 15:45
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
cantik fp ..menarik...adik tertarik

adik baru11 tahun

nnati gi fp adik...ada pertandingan menanti...jgn x sertai
Mon 9-Jun-2008 17:56
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
thanks 4 da comment bro, nice fp n byk btul info pasal sabah yerk... cayalah...
cntk lorhhh org sabah... huhu
ok bah... nt jumpa lg bah...
Tue 10-Jun-2008 01:45
Posted by:fazli bond_9060@yahoo.com  - [Link]
Waalaikumussalam bro.....
pergh,,,,entry kali ini didominasi oleh kaum hawa saja,,,, ,,,,,walau apapun,,,,memang menarik,,,,patut pun kawan saya dah kawin ngan orang sabah n menetap sana,,,,dan kawan saya yang kat Labuan pun tak balik Klate time raya,,,,,,,

# saya guna canon powershot S3,,,bukan DSLR,,,
Tue 10-Jun-2008 04:25
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
awek2 sabahan cun2 ...
nenek2 sabahan tu pon dh nmpk cam awek jugak dh...
Tue 10-Jun-2008 05:42
Posted by:<idida aka ummu nafisa>  - [Link]
ah! saya penah dgr pasal pesta menuai nihs tp hari ini baru tahu ada kisah huminodun disebaliknya rupanya.. besh besh besh.. selalu2 la update pasal sejarah/kisah dari malaysia timur nihs ok.. mmg elok arr especially untuk org2 macam kami yg dah lupa sejarah2 nihs huhu [ anyways thanx a million for the well wishes to us.. appreciate that ] Tue 10-Jun-2008 11:36
Posted by:fiziskandarz  - [Link]
cewek2 sabahan comei2..hehehe nice pix lah bro & ada jalan cerita lg... Tue 10-Jun-2008 14:25
Posted by:saufie + picture = saupix  - [Link]
etnik ranau... mimpi la aku malam ni.... Tue 10-Jun-2008 15:29
Posted by:aligemuk aligemuk@gmail.com  - [Link]
waaa susah ni nk dapat gamba ni kat sini...kakakaa..nice shot! bravo! Wed 11-Jun-2008 01:03
Posted by:didaijau syudazenal@yahoo.com  - [Link]
standard arr kl masuk fp u je mesti lepak jap coz ur picture nmpak lain dari yg lain.. btw thanks coz sudi lagi menyinggah kat my fp baru ku tau u org sabah yek.. itu la masuk x bagi salam dulu dah pertengahan fp baru nk mesra2 nak gak tengok gambar u ngan aweks2 sabah.. semoga success selalu Wed 11-Jun-2008 03:21
Posted by:ibu mimie  - [Link]
suka la tgk benda2 ethnic ni....
menarik!!!!!!
Wed 11-Jun-2008 05:14
Posted by:yaa yaa_alan@yahoo.com  - [Link]
Satu dokumentari yang best !


http://quest-studio.fotopages.com
Wed 11-Jun-2008 06:59
Posted by:Fairuz fairuz_dahlan@yahoo.com  - [Link]
alangkah bestnya kalau dapat merasa sendiri pesta menuai ini Wed 11-Jun-2008 09:22
Posted by:MiraJohar mirajohar@yahoo.com  - [Link]
cantik..

PixCursor
afizudin | 013.256.5451
pixcursor@netcursor.com
http://www.pixcursor.com
Wed 11-Jun-2008 10:46
Posted by:PixCursor pixcursor@netcursor.com  - [Link]
pesta menuai.. hehehe.. xpnah tgk lg..

p/s: bro alex,. sy updated gmbr baru.. hehehe
Thu 12-Jun-2008 06:10
Posted by:Ermalina  - [Link]
aku dah 4 tahun kat sabah, tak pernah lagi tengok pesta kaamatan...
gambar cantik.. cewak pun cantik. hehe
kolaj gambar pun boleh tahan...
cuma kena touch up lebih sikit untuk effect yang lebih power..
gambar dah power pun
Thu 12-Jun-2008 06:48
Posted by:RazaQQ dreamcast8280@yahoo.co.uk  - [Link]
Info yang cukup bermakna bagi saya yang tak tahu. Gambar cun, aweks pun cun. Thanks for sharing. Fp saya pun dah lama tak update. Baru semalam ada kesempatan. Thu 12-Jun-2008 14:47
Posted by:unnamed
Salam....wahhh...bestkan dpt tengok adat kaum lain...tapi nape awek2 tu pakai kasut moden tak pakai yang kuno punya baru selaras ngan baju dia... Thu 12-Jun-2008 16:44
Posted by:kak cahaya  - [Link]
cantik2 org sabah nih Fri 13-Jun-2008 03:02
Posted by:zahira  - [Link]
Salam Alex, apa khabar. Bz bangat eh
Saja nak wish Alex Happy father's day. Ada ole2 utk Alex nanti ambik ye
Fri 13-Jun-2008 06:23
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
aku respek betul la kat ngko ni alex memang rajin, gambar pun memang cunnnnn Sun 15-Jun-2008 00:53
Posted by:ayahpipo rizal@bernas.com.my  - [Link]
terima kasih atas info anda..pesta kaamatan..
saya sendiri tidak mengetahui hal ini walaupun ada rakan setugas berasal dari Sabah..
Patutlah beliau pulang ke kampung...
Sun 15-Jun-2008 12:30
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
Awek-awek Sabah memang cun-cun belaka...tapi dulu kawan Rose orng Sabah Muslim cakap ...sekadar nak melihat boleh tapi Pesta Keaamatan tak boleh disambut sebab melibatkan upacara keagamaan mereka...macamana tu Alex? Kalau free jom tengok resepi rangka ayam dan telur ikan kat fotopages Rose Mon 16-Jun-2008 21:26
Posted by:Rose  - [Link]
Awek-awek Sabah memang cun-cun belaka...tapi dulu kawan Rose orng Sabah Muslim cakap ...sekadar nak melihat boleh tapi Pesta Keaamatan tak boleh disambut sebab melibatkan upacara keagamaan mereka...macamana tu Alex? Kalau free jom tengok resepi rangka ayam dan telur ikan kat fotopages Rose Mon 16-Jun-2008 21:57
Posted by:Rose  - [Link]
nie yang aku maleh nak masuk FP ko nie lan..gerammmm aku nengok gerek2 sabah yang cun tuh.. Tue 17-Jun-2008 01:39
Posted by:cindai77
bro...it's good to see your collection here. It really nice, so with the story. I wish I can go there again, too much interesting stuff to shoot.. Wed 18-Jun-2008 13:51
Posted by:amin  - [Link]
lowe nyer......nice pic...
latest wedding-visit
Sat 9-Aug-2008 05:30
Posted by:alisya muhamad ( hotchilieart)  - [Link]
sy ingin tahu...
masyarakat murut pun sambut pesta kaamatan juga kah?
kirenye perayaan rasmi murut n kadazandusun ni same la?
pesta kalimaran pula macamana?pesta kalimaran tiada kaitan dgn pesta menuai,kan?
Fri 12-Sep-2008 00:48
Posted by:naruto
nice picture............... Wed 17-Dec-2008 09:22
Posted by:SBA  - [Link]
hi saya nak tanya camne nak besarkan gambar tok d letakkan dlm fp nie..so supaya senang viewer nk tgk...saya baru lg dlm fp nie so x thu.. Fri 26-Dec-2008 09:36
Posted by:unnamed catwomen_buttercup@yahoo.com  - [Link]
hi saya nak tanya camne nak besarkan gambar tok d letakkan dlm fp nie..so supaya senang viewer nk tgk...saya baru lg dlm fp nie so x thu.. Fri 26-Dec-2008 09:36
Posted by:unnamed catwomen_buttercup@yahoo.com  - [Link]
banyakkan lagi maklumat tentang tadau kaamatan yang terdapat d sabah... Sat 4-Apr-2009 06:41
Posted by:sumandak rumandawi phron2406@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.