Alexs's FotoPage - - Fotopages.com
Pesta Manuai Part II
Suku kaum Kadazan Dusun adalah merupakan salah satu nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan kononya berasal daripada Indo-China, bagaimana pun fakta ini masih diragui lagi. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.
Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung
Suku kaum Kadazan Dusun merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Kadazan Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat Kadazan Dusun mendiami kawasan-kawasan tertentu, seperti etnik Kimaragang di daerah Kota Marudu,pitas dan kudat, Etnik Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk).
Masyarakat Kadazan Dusun ini dulunya mengamalkan kepercayaan animistik serta semangat dalam setiap hidupan di alam ini. Bagaimanapun kebanyakkan dari masyarakat ini telah pun meninggalkan amalan tau kepercayaan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya terutamnya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun begitu, akibat arus pemodenan kini bilangan mereka sudah kian berkurangan. Orang Kadazan Dusun kini menjadikan amalan lalu hanya sebagai kenangan atau sebagai sebahagian daripada adat mereka sahaja dan tidak mengamalkannya secara serius.
...................................Maaf kesilapan kat maklumat gambar,
...................................Etnik Kimaragang bukan Hemaragang
...................................Maaf kesilapan kat maklumat gambar,
...................................Etnik Kimaragang bukan Hemaragang
Selamat Hari Ayah
Askum semua,
Apakhabar? Hari nie saja nak buat entry khas untuk Hari Bapa (17hb Jun 2008). Selamat Hari bapa kepada semua exp untuk pengunjung-pengunjung dan member-member kat my fotopages nie. Tak kiralah samada you all di panggil Bapa keh, Ayah keh, Abah keh, Rommo keh, Baba keh dan entah apa lagi pangilan khas untuk seorang bapa. Yang penting pengorbanan kalian sebagai bapa tak akan dilupakan. bak kata orang Kasih ibu membawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang hayat. Semoga kalian bertambah teguh dan dimurahkan rezeki.
Terasa juga sedihnya bila sambut hari bapa nie. Kalau hari ibu hari tu boleh lah bawa ibu jalan-jalan. Tapi sempena hari bapa nie hanya sekadar Surah Yassin dan Al Fatihah untuk Arwah Ayah yang telah lama pergi. Semoga roh ayah yang dikasihi ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan dikasihi Nya.
Kepada teman-teman diluar sana, kalau anda masih mempunyai ayah atau bapa, ambil lah kesempatan ini untuk meluahkan rasa kasih kepada mereka selagi hayat mereka masih bersama-sama kita. Bila dah tiada, mungkin hanya kenangan yang mengusik minda kita kerana peluang kita hanya lah sekali saja. Kepada teman-teman yang senasib dengan ku, sedekahkanlah Al Fatihah atau doakanlah semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi Nya. Amin.
Untuk teman-teman semua, terimalah entry ku kali ini sebagai renungan bersama. Maaf kalau karya ini tidaklah secantik seperti yang  kalian boleh hasilkan, mungkin masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dalam hal edit-mengedit nie. Apapun terimalah seadanya sebagai renungan semata yah...
Oh..yah, untuk makluman gambar-gambar kat bawah nie bukanlah gambar Arwah Ayah saya, gambar ni ambik time Pesta Kaamatan baru-baru nie. Terima kasih untuk pakcik-pakcik ni yang sporting time kena ambik gambar.
...............................................Nie adalah lirik dari lagu Ebit G.Ade
.......................................Nie adalah lirik dari lagu Sudirman Hj.Arshad
Yang kat bawa nie, kebetulan terjumpa kat Youtube, lagu mengenai ayah. Lagunya taklah sebaik mana, tapi kreativiti adik ni yang cuba menghasilkan lagu mengenai seorang ayah amatlah kita hargai dan kita tabik. So... tahniah untuk adik nie dan untuk teman-teman semua, dengarkan lah lagu kat bawa nie....
* http://www.youtube.com/watch?v=90Z6BJRNI28
You tube kat atas ni dari http://www.youtube.com/user/andhyta(Adik Andhyta)
Yang kat bawah nie dari http://insue72.fotopages.com/(Intan), yang ditujukan khas buat bapa atau ayah kat fotopages. Thanks Intan
First : Enjoy dengan lagu baru aku "Kaamatan" : Ada komen tak????
Salam Dari Sabah
Assalamualaikum w.t.w dan salam sejahtera,
Apakhabar member-member photopages semua, maaflah yah... Dah lama juga tak update my fotopages nie, bukan saja bersawang, dah penuh semak samun pun hehe... Bukan tak nak update, tapi alasan yang biasa kalian dengarlah kan... "Busy". Yalah nak jawab apalagi... memang hakikatnya kesibukan dengan kerja tu yang buat kita tak dapat nak bersama member-member semua kat fotopages nie. Lagi pun aku baru balik dari kursus seminggu, bukannya jauh pun kat Kota Kinabalu saja, tapi kursus dari pagi sampai malam, tu yang tak sempat2 nak update. Ok lah, kali nie aku update khas untuk member-member semua.
Sempena Pesta Manuai atau Tadau Kaamatan bagi bahasa Sabah pada 30hb dan 31hb Mei yang lepas, sempatlah juga ambik gambar walaupun tak banyak, tapi adalah sebagai tetapan member-member yang tak sempat bersama masa tu. So layan my first entry mengenai Pesta Manuai nie... insyallah nanti akan dicuba untuk upload yang lain pulak ok.... So kali nie nak cerita sikit berkenaan dengan Pesta Manuai ni atau Tadau Kaamatan ni.(Layan....)
TADAU Kaamatan adalah perayaan yang cukup sinonim dengan masyarakat Sabah dan diwarisi sejak sekian lama oleh kaum Kadazandusun.
la kini telah diterima sebagai salah satu perayaan utama negara sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.
Meskipun pada asalnya ia merupakan warisan kebudayaan masyarakat Kadazandusun dan Murut yang merupakan majoriti penduduk Sabah, namun kini ia disambut oleh semua kaum lain di negeri ini sebagai salah satu simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Tadau Kaamatan yang bermaksud Pesta Menuai merupakan perayaan kesyukuran dan penghormatan semangat padi yang dipanggil 'Bambarayon' atau 'Bambaazon'. la diwarisi sejak turun-temurun oleh nenek moyang mereka yang merupakan golongan petani.
Perayaan ini amat bermakna kerana ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kepercayaan dan adat tradisi. Suku kaum Kadazandusun mempercayai padi mempunyai semangat yang harus dihormati. la adalah lambang pengorbanan seorang wanita demi menyelamatkan masyarakat ramai.
Daripada mitos yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi, mereka percaya dunia ini adalah ciptaan Tuhan yang mereka panggil Kinorohingan. Kinorohingan dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan tunggal jelita bemama Huminodun.
Suatu ketika dahulu suku kaum Kadazandusun mengalami bencana kemarau menyebabkan wujud masalah kebuluran. Kinorohingan yang berasa kasihan terhadap kesengsaraan dan penderitaan mereka telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya telah disemadikan di bumi.
Daripada tubuh Huminodun ini bumi menjadi subur dan telah tumbuh padi serta tumbuh-tumbuhan lain membolehkan suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan baru iaitu beras.
Sebagai tanda kesyukuran dan membalas pengorbanan Suminundu, suku kaum Kadazandusun telah membuat sumpah setia kepada Kinorohingan yang mereka akan sentiasa mengenang Suminundu.
la dilakukan dengan cara mengadakan upacara penghormatan Semangat Padi dan upacara-upacara lain yang mempunyai kaitan dengannya.
Rentetan itu, bermula 1 Mei setiap tahun, sambutan Tadau Kaamatan akan disambut dengan penuh meriah oleh masyarakat Sabah. la kemudian diistiharkan sebagai salah satu daripada perayaan nasional pada tahun 2001.
Di Sabah, perayaan ini akan disambut besar-besaran di setiap daerah. Majlis pelancaran akan diadakan secara bergilir di setiap daerah di Sabah.
Bagi pengunjung dari luar yang ingin mengenali masyarakat, kebudayaan, kesenian atau apa sahaja yang berkaitan dengan penduduk terdiri daripada kira-kira 40 etnik di Sabah, Tadau Kaamatan adalah perayaan paling tepat untuk disaksikan.
Bangunan Yayasan Sabah vs Menara Tun Mustafa
Kah...kah.... aku kena TAG lagi, kali nie dari http://shahrose76.fotopages.com/?entry=1547393&back=http://shahrose76.fotopages.com/?page=0#CommentsTop(SHAHROSE PESHAWAR),
Thanks Rose kerana sudi TAG kita hehe......
Menurut http://shahrose76.fotopages.com/?entry=1547393&back=http://shahrose76.fotopages.com/?page=0#CommentsTop(tok guru ), saya  http://shahrose76.fotopages.com/?entry=1547393&back=http://shahrose76.fotopages.com/?page=0#CommentsTop(SHAHROSE PESHAWAR),
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well
as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
Dan aku nak tag 7 orang lagi.... hehe... mari kita tengok siapa yang
kena....
1) http://maylique.fotopages.com/( Maylique Maylique )
2) http://sentimental.fotopages.com/( Mohd Azhari Azizan)
3) http://insue72.fotopages.com/( Intan Suraya)
4) http://salleharon.fotopages.com/( Salleharon Starbucks)
5) http://tutcute.fotopages.com/( Tutie Dahlia Tajuddin)
6) http://curseshadow.fotopages.com/( Curse Shadow)
7) http://wanizz.fotopages.com/( WaNrenN lUv)
dan menurut http://shahrose76.fotopages.com/?entry=1547393&back=http://shahrose76.fotopages.com/?page=0#CommentsTop(tok guru ),  lagi,
5) syarat kelima, nama-nama yang kena tag ni.....kena ambik duit ni and tepek kat fotopages masing-masing...senangkan.... SEMOGA UKHWAH FILLAH KITA BERKEKALAN DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT...bukan hanya tuk teman-teman yang ditag tapi tuk semua warga fotopages....Amin...  All da best!!
(Ayat kat atas tu aku copy paste dari fp http://shahrose76.fotopages.com/?entry=1547393&back=http://shahrose76.fotopages.com/?page=0#CommentsTop(tok guru ),   hehe... Kecuali
nama-nama yang kena TAG tu).
Sebagai makluman semua member-member fp, esok Sabah akan bercuti sempena Pesta Manuai (Pesta Kaamatan). Untuk warga Sabah diucapkan "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"  Nung Moginum nopo, mada gia auk-aukon kio. Aramaitiii....
Insyallah kalau rajin nanti, mungkin start esok dan lusa nak try turun menembak, kalau rajinlah hehe...
SUNSET DI SUTERA HABOUR
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk semua teman-teman yang sudi mengunjungi my fotopages yang tak seberapa ini.
Kadangkala tu terasa juga segan bila nak upload gambar kat fotopages nie, yalah dengan
hasil karya yang tak seberapa jika dibandingkan dengan member-member yang lain tu.
Apapun, apa yang dipaparkan ini hanyalah sebagai perkongsian dan tempat kita bertukar-
tukar pendapat. Sebarang kekurangan saya menyusun jari memohon maaf, insyallah akan
diperbaiki dari masa ke semasa.
Pics kat bawah nie adalah pics Sunset yang sempat dirakamkan dengan kamera buruk
yang ada nie semasa berada di Hotel Sutera Hobour di Kota Kinabalu. Tempat nie tak lah
jauh sangat dengan Bandaraya Kota Kinabalu, tak sampai pun 3 km. Hotel ni berhampiran
dengan pantai, so memang tempat yang paling sesuai kalau nak tengok sunset.
Hari Sabtu yang lepas, salah seorang staff telah melangsungkan perkhawinannya. So sempatlah menjenguk walaupun cuma sebentar dan dapatlah ambik satu dua gambar sebagai kenangan sebelum beredar balik. Kalau teknik gambar tu kurang menarik, mohon maaf lah,  pasal aku memang tidak minat dan tidak pandai nak ambik gambar orang khawin.
Untuk  Adik Arshad dan Isterinya Saadiah, selamat pengantin baru. Abang doakan semoga kalian dipanjangkan jodoh hingga ke anak cucu. Amin...
Alamak.... aku pun kena TAG lah, huhu.... Apa pun thanks untuk http://wanizz.fotopages.com/?entry=1544303&back=http://wanizz.fotopages.com/?page=0#CommentsTop(WaNrenN)  dan http://insue72.fotopages.com/(Intan Suraya) kerana sudi meng"TAG"kan aku. Apapun aku try lah juga buat homework tu, harap-harap tak terkeluar dari tajuk hehe... Kalau ada member-member yang lain yang telah men"TAG"kan aku, tapi tak terjawab aku memohon maaf yah, mungkin terlepas pandang. Yalah sejak dua menjak nie aku agak lembab nak jengok fotopages. Mungkin tertinggal lah entry tu. Kalau ada pls tolong maklumkan yah. Thanks
So sebagai menyambung kesinambungan TAG men TAG nie, (Macam surat berantai pulak kan) adalah beberapa nama yang menjadi mangsa kat bawah nie hehe...
1. http://naqkarl.fotopages.com/(Riesyam (Dewa Neqkarl)) = orang yang sama tarikh lahir ngan aku cuma berlainan tahun
2. http://ramzichen.fotopages.com/(Ramzi Ani)
3. http://shima27.fotopages.com/(Norhasimah Mohd Nor)
4. http://uwokkampung.fotopages.com/(Zaiton Yatim)
5. http://shahrose76.fotopages.com/(Shahrose Peshawar)
6. http://nursyakirah.fotopages.com/(Nur Syakirah)
7. http://hotchickmama.fotopages.com/(Big Mamma Bukhari)
Mana-mana member yang tak tersenarai tu, insyallah Tag yang akan datang, akan kita perpanjangkan yah... Insyallah
Pulau Manukan
Assalamualaikum & salam sejahtera...
i'm back hehe.... Sorry lah member2 rakan fotopages semua, lama  juga  tak  update  fotopages.
Nasib baik spiderman tak buat sarang lagi....  Selepas outstation  hari  tu,  sengaja  ambik  cuti,
alah cuti2 Malaysia lah katakan hehe...  Bila  balik  buka  fotopages,  terkejut  juga  bila  tengok
komen dah sampai satu ratus lebih. Thanks my  frends,  tanpa  kalian rasanya  tak  deh  makne
fotopages nie. Komen-komen kalian lah yang memeriahkan dan menjadikan aku tak sabar-sabar
nak upload lagi hehe...
Oh.. yah..Sempena Hari Guru pada 16 Mei yang lepas, ingin ambil kesempatan nie nak ucapkan
Selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia nie exp Member-Member  kat  fotopages.
Ada yang kerja sebagai guru keh? Selain Julabi,Tapaisabah,Mr Chua, Mustafa,Mr Julai,
Mr Rody, Bobohizan dan Mr Salleh tak pasti lagi siapa yang guru. Apa pun,
walaupun  anda  bukan  dalam profesion perguruan anda  tetap  juga seorang guru dalam kehidupan
seharian kan.
:bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:
Ok... entry aku kali ni berkenaan dengan Pulau Manukan, so ini lah serbah
sedikit gambar yang sempat aku ambik masa pergi ke Pulau Manukan hari tu... enjoy
with my pics ok..
:bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:
Kepada member2 yang TAG kan aku tu, sorrylah lambat sikit nak balas. Dalam entry nie tak dapat
nak balas lagi, insyallah next entry yah...
:bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:  :bounce_b:  :bounce_o:  :bounce_p:  :bounce_flash:  :bounce_g:  :bounce_m:
Dalam sibuk2 kita seharian, kadangkala kita lupa bahawa ada orang yang amat memerlukan
perhatian dan sumbangan kita seadanya. Saya tertarik bila masuk Fotopages http://razaklatif.fotopages.com/?entry=1544661&page=0(Saudara Razak Latif),
dalam fotopages beliau ada dipaparkan penderitaan seorang Ibu tunggal yang memerlukan bantuan
kerana anaknya menghidapi penyakit Jantung berlubang. Bersamalah kita membantu seadanya dan
semampunya agar dapat meringankan bebanan si ibu tersebut. Paparan di bawah nie ada sebagai
memanjangkan apa yang dipaparkan dalam fotopages Encik Razak Latif sebagai renungan kita
bersama.
Razak Latif
http://razaklatif.fotopages.com/?entry=1544661&page=0
Seorang ibu tunggal yang menyara enam anak dengan pendapatan kira-kira RM750 sebulan
merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban kos pembedahan anak bongsunya yang
mengidap penyakit jantung berlubang sejak berusia lima bulan.
Orang ramai yang ingin membantu Rohana boleh menghubunginya di talian 017-6623260 atau
menghulurkan sumbangan ke akaun maybank Rohana bernombor 154044768778.
Selamat Hari Ibu
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat sahabat-sahabat semua yang sudi melayari fotopages ini, ingin ku rakamkan ribuan terima
kasih kerana kesudian kalian untuk menjengok dan meletakkan sebarang komen di fotopages ini
dan selamat menyambut hari ibu.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang ibu amat tidak ternilai harganya. Kepada mereka
yang masih mempunyai ibu, ucapkan lah "ibu aku sayang kamu" , kerana setelah mereka
tiada, tidak akan ada gantinya lagi. Tuhan Menganugerahkan kita seorang ibu hanya sekali, so
gunakanlah masa yang ada untuk mereka.
Maaf, gambar kat bawah nie bukan gambar ibu-ibu saya yah hehe.... Semua gambar ni candid
masa kita jalan-jalan sekitar Sabah.
..............................................................................dari lagu Exist - Untuk Mu Ibu
..............................................................................dari lagu Burn - Kasih Ibu
..............................................................................Dipetik dari lagu Hijjaz - Belaian Ibu
Oh... yah, untuk makluman, mulai esok 09/05/2008 hingga 14/05/2008 saya kena outstation
ke Pulau Manukan. So, kalau ada komen yang lambat kena reply, maaflah yah. Balik dari outstation
nanti aku try untuk reply. Nanti balik aku buat entry tentang Pulau Manukan pula, insyallah. Thanks.
:wave:  :wave:  :wave:  :wave:  :wave:
Untuk member-member yang bercadang nak melawat Sabah dalam bulan Mei nie, jangan lupa
bawa senjata anda semua. Sebab bulan May nie banyak persembahan kebudayaan dibuat
di sini sempena Pesta Kaamatan (Pesta Manuai). Kat bawah nie ada bagi beberapa info untuk
korang rujuk kalau nak tengok kebudayaan orang Sabah.
Kalimaran Part II
Entry yang lepas, banyak fokuskan pasal Ratu Kalimaran. Biasalah kan, orang lelaki kalau nak buat
pilihan mesti nak pilih yang sedap mata memandang hehe.......... Dalam entry yang  lepas, memang
sengaja letak khas untuk lelaki. Tapi bila nak buat entry khas  untuk perampuan, jadi  bingung  pula.
Nak masukkan apa? Tak kan nak letak gambar lelaki pula kan. Memanglah kalau dari segi  logiknya
perampuan lawannya lelaki, tapi nanti member fp perempuan marah pulak  kan  hehe.......  Apa  pun,
harap you all enjoy dengan gambar-gambar nie.
Gambar kat bawah nie sebenarnya adalah sebahagian dari baju suku kaum  Murut  bagi  orang-orang
lelaki. Sebenarnya ada banyak jenis pakaian orang-orang Murut ni,  setiap  kampung  atau  kelompok
Kaum Murut mempunyai pakaian tradisi mereka masing-masing.
[/img]
Hari tu dah masukkan bunga kantan yang diterima dari Zai Kulim & Shima.
Tengah korek-korek entry member yang lain, rupanya ada juga kiriman bunga kantan dari member
lain. Sorrylah yah, lambat sikit nak perasan ada kiriman tu. Nasib baik tak layu lagi hehe....
Bunga Kantan nie dari http://jurahim.fotopages.com(Jue Rahim), Thanks Jue
Yang nie dari http://mirajohar.fotopages.com(Mira Johar), Thanks Mira
Yang nie dari http://qamar81.fotopages.com(Qamar Bakar), Thanks Qamar
Kepada member-member yang lain yang ada bagi bunga Kantan atau apa jeh tu,
jangan  lupa  bagi  tau  yah.  Bukan  apa,  takut  terlepas  entry  tu  dan  tak   terperasan  pula  kan.
KALIMARAN PART I
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk teman-teman fotopages semua, Apakhabar? Maaflah, dah lama tak masuk fotopages. Bukan tak nak masuk, tapi busy ngan kerja. Biasalah kan, kerja makan gaji, so nak tak nak kenalah ikut rentaknya. Bila tengok komen-komen pada entry yang lepas, terasa pula lama tak jengok fp member-member semua. Insyallah lepas nie nak trylah jengok satu-satu pula. Terima kasih atas sokongan member-member semua.
Oh..ya.. untuk entry terbaru  aku hari nie, berkenaan dengan Pesta Kalimaran yang diadakan pada 25hb April hingga 27hb April 2008 yang lepas di Daerah Tenom, Sabah. Sebagai makluman member-member semua, pesta ini adalah khusus untuk Masyarakat dari suku Kaum Murut di Sabah dan merupakan satu acara tahunan bagi negeri Sabah selain beberapa pesta lagi seperti Pesta Rumbia (Kuala Penyu), Pesta Jagung (Kota Merudu), Tamu Besar (Kota Belud), Pesta Air, Pesta Kelapa  dan lain-lain lagi (tak ingat lah semua hehe....)
Ok, ini sedikitlah yang dapat dipaparkan sebahagian dari aktiviti kat Pesta Kalimaran tu, kalau ikutkan hati nak juga paparkan semua sekali tapi terlalu banyak pula. Insyallah next entry akan dipaparkan sambungannya. First entry mengenai Pesta Kalimaran ni, sengaja pilih "Ratu Kalimaran",  bukan apa, sebanyak-banyak acara kat sana, acara ini lah yang betul-betul menjadi tumpuan. Hehe... rasanya tak perlulah dinyatakan kenapa kan... yang lelaki pasti dah tau dan yang perempuan pasti dapat meneka hehe..
Gambar kat bawa nie semuanya adalah wanita dari suku kaum Murut yang ada di seluruh Sabah. Macam mana cantik tak...??? Untuk member lelaki kat fp, apalagi... nak pilih yang mana? Hantaran tak mahal pun, just kena kira berapa batang tiang kat bawah rumah tu atau berian (hantaran) seumur hidup saja hehe.... (Maksudnya, kalau dulu-dulu, hantarannya cuma kena kira berapa tiang kat rumah pengantin perempuan lepas tu kena kali dengan RM1000. Kalau ada 10 tiang, hantaran cuma RM10,000. Biasanya rumah kat kampung ada berbelas atau berpuluh tiang hehe... Untuk hantaran seumur hidup, maksudnya bila-bila keluarga perempuan boleh minta apa saja yang dia nak dan tidak ada limit dan juga pada bila-bila masa selagi you all masih hidup hehe... ). Don't worry lah, itu semua cerita lama, masa sekarang dah kurang atau hampir pupus dah adat begitu. Yalah, masyarakat atau kaum Murut sekarang bukan lagi masyarakat lama yang mundur, masyarakat Murut sekarang dah ramai yang pintar dan memegang jawatan-jawatan yang tinggi atau berkelulusan tinggi.
Entry ni khas ditujukan kepada member-member fp lelaki hehe.... Untuk yang wanita, insyallah next entry pula hehe....
Maaf, kesilapan ejaan kat atas tu, kat baris ke empat, sepatutnya "beauty pageant held" bukannya beauty pageant help hehe... Dah malas nak edit semula lah nie. So, maaf banyak-banyak atas kesilapan tu.
Hari tu dah dapat bunga Kantan dari http://zbintim.fotopages.com( Zai Kulim ), tak sangka pula dapat lagi dari http://shima27.fotopages.com( Shima27 ) . Thanks http://shima27.fotopages.com( Shima ). Mereka berdua nie lah member kat FP yang pertama buat link ngan fp aku yang tak seberapa nie. Bila selalu jengok menjengok nie, terasa pula jadi member rapat walaupun tak pernah bersuah muka hehe....
Yang Bestnya setakat nie, bukan saja bunga Kantan nie tapi sebelum nie Shima pernah juga buatkan resepi yang sedap untuk aku hehe.... (jangan jelous).... Kat bawah ni adalah gambar bunga kantan dan resepi yang Shima hadiahkan tu. Bila lawat kat fp http://shima27.fotopages.com( Shima )pasti sentiasa meleleh air liur tau... Tu pasal nak suruh http://shima27.fotopages.com( Shima )buka restoran. Kalau boleh nak suruh buka kat Sabah hehe.... Thanks http://shima27.fotopages.com( Shima )
http://shima27.fotopages.com/?&page=2
Nexus Golf Resort Karambunai Part II
Hari nie nak try lagi buat editing, tapi macam tak jadi saja. Otak dah berserabut, tapi masih tak ada idea langsung. Kalau balik-balik buat editing yang hampir sama nanti orang boring pula tengok. Kadang kala dengki juga tengok member-member semua boleh buat yang cantik-cantik, nak try buat macam tu,  tapi idea tak jalan juga nak buat macam mana. Agaknya esok lusa nak try lah pula selongkar FP orang, nak cari idea, so sapa-sapa yang terasa kena curi idea tu faham-faham sajalah yah hehe... Halalkan lah apa yang patut. Ok lah ini entry terbaru aku, kalau kurang menarik tu maaf lah yah, masih terlalu baru dalam bab edit mengedit ni.
Thanks untuk Zai Kulim  kerana sudi bagikan bunga Kantan nie, cantikkan bunga Kantan dari Zai Kulim  nie, lagi pun ini lah first time aku tengok bunga Kantan hehe.... Selama ini tak pernah peduli, biasalah dengar nama bunga Kantan tapi tak pernah kisah hehe... Tak sangka bunga Kantan ni cantik yah.....